
Sabtu, 02 Febuari 2008
Alhamdulillah.. Darwisyah mulakan penulisan blog ini dengan nama Allah, tuhan yang mengurniakan nikmat yang besar2 dan yang seni-seni. Segala pujian hanya tertentu kpd Allah Taala sahaja, tuhan yang memberikan minuman kepada hati orang2 arif iaitu minuman kasih sayang kepada-Nya dan minuman yang dapat menyinarkan mata hati mereka dengan cahaya nur keesaan-Nya dan dpt mengenalinya secara langsung..Semoga kita tergolong dikalangan orang2 yang diredhai-Nya, insyaAllah.
Wahh..indahnya dunia ini. Terangnya.. sampai silau mata darwisyah. Maklumlah baru first time guna mata :). Oo inilah alam dunia yg slalu ibu ceritakan masa kat dalam perut ibu dulu. Memang cantik dunia ni ibu, semuanya cantik2 tapi yg paling cantik dlm dunia ni mestilah ibuu!. Saaayang ibu.. Saaayang ayah.. Ayah pun slalu citer kat darwisyah tentang alam baru ni. Alam yg berbeza dari alam darwisyah sebelum ni. Kata ayah, alam dunia ni walaupun cantik, indah, tapi semuanya tidak kekal selama2nya. Dunia ni mengaburi kita dari yg hak, dan dijadikan sebagai ujian untuk darwisyah, ibu, ayah dan kita semua yg hidup kat dunia ni. Darwisyah tak faham sangat, darwisyah takut..tapi darwisyah percaya kat ayah dan ibu. Darwisyah juga percaya kat Allah, Tuhan yg menjadikan alam2 ini. Darwisyah redha dilahirkan kedunia yg bersifat sementara ini. Ibu ngan ayah doakan Darwisyah ye!
1 comment:
darwisyah comel manja ibu...wah dah ader blog nyer...dah lamer ibu tunggu dier..dkt 3 tahun tau...darwisyah jadi anak yg solehah yer..sayang dier sgt..
Post a Comment